HotForex MasterCard HotForex MasterCard HotForex MasterCard HotForex MasterCard

Kuasakan pembayaran anda
Dengan Mastercard HotForex baru!


HotForex MasterCard




HotForex MasterCard

Kad anda akan dihubungkan dengan akaun HotForex anda

Keluarkan keuntungan dagangan anda ke dalam kad dengan mudah

Penyata dalam talian memberikan kawalan penuh terhadap akaun anda

Wang anda akan dipindahkan ke dalam kad dengan serta merta

HF MasterCard Benefits

Bayar Dengan Selamat

Sememangnya mudah untuk menggunakan kad Mastercard HotForex prabayar anda untuk melakukan transaksi dalam talian dengan selamat.

HF MasterCard Benefits
HF MasterCard Benefits

Membeli Belah Kini Lebih Mudah

Muatkan dana ke dalam kad anda dan membeli belah dengan sepuasnya!

MasterCard Logo

Boleh Dipercayai di Dalam dan Luar Negara

Bayar untuk barangan dan perkhidmatan yang anda gunakan dari mana sahaja anda berada dengan MasterCard HotForex yang diterima di seluruh dunia.

HF MasterCard Benefits

Soalan Lazim MasterCard HotForex


MasterCard HotForex anda merupakan kad prabayar.
Kami berharap agar kebanyakan persoalan anda akan terjawab melalui seksyen Soalan Lazim ini,
namun sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pengeluar kad CSC24Seven.com melalui queries@CSC24Seven.com



Permohonan Anda

Kad baru anda berharga USD 10 dengan penghantaran biasa dan USD 40 jika anda memilih penghantaran melalui kurier.

Semasa memohon kad, kami akan memaklumkan kepada anda mengenai dokumen yang diperlukan berdasarkan penggunaan kad tahunan anda. Anda mungkin diminta untuk memberikan:

  • Salinan berwarna Kad Pengenalan yang dikeluarkan kerajaan/Pasport/Lesen Memandu EU yang jelas. Dokumen ini perlu mempunyai tempoh sah yang sekurang-kurangnya enam bulan dan mesti menunjukkan gambar dan tandatangan anda.

  • Salinan bil utiliti/penyata bank/taksiran cukai yang jelas dan menunjukkan nama penuh dan alamat fizikal anda (P.O. Box tidak diterima)

  • Borang KYC yang lengkap.

  • Pindahan kawat ke bank akaun anda, agar pihak pengeluar kad dapat menerima pengesahan SWIFT.

Biasanya proses permohonan mengambil masa kurang daripada 24 jam untuk kad diluluskan.

Proses kelulusan biasanya amat pantas, namun terdapat beberapa permasalahan yang mungkin menyebabkan berlaku penundaan, oleh itu, sila pastikan bahawa anda memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk permohonan kad anda. Berikut merupakan alasan yang menyebabkan permohonan anda ditunda:

  • Maklumat tidak lengkap: Sekiranya nama, alamat, nombor Kad Pengenalan atau nombor telefon anda tidak diisi atau tidak lengkap pada borang berkenaan, pasukan sokongan akan menghubungi anda untuk melengkapkan butiran anda.

  • Nombor telefon bimbit berpendua: Anda perlu memberikan nombor telefon bimbit yang unik dan tidak pernah didaftarkan dalam sistem pengeluar kad pada sebelum ini. Sekiranya hal ini berlaku, pasukan sokongan akan menghubungi anda untuk mendapatkan nombor alternatif. Kami akan menghantar peringatan SMS dan pemberitahuan pengesahan pembayaran ke telefon bimbit anda, jadi adalah penting untuk memastikan anda mempunyai nombor telefon yang unik.

  • Alamat berpendua: Sekiranya alamat anda mempunyai padanan dengan alamat pelanggan lain, pasukan sokongan akan menghubungi anda untuk mengesahkan hubungan anda, sekiranya berkenaan, dengan klien lain sebelum keputusan untuk mengesahkan alamat berpendua dilakukan.

Penghantaran

Kad anda akan dihantar secepat mungkin. Selepas pengeluar kad meluluskan permohonan anda, hanya 3 hingga 5 hari bekerja diperlukan untuk mereka mengeluarkan dan menghantarkan kad kepada anda.

Sekiranya anda meminta penghantaran melalui kiriman pos, kad anda akan dihantar dari UK melalui 1st Class Royal Mail. Sekiranya anda tinggal di dalam wilayah EU, kad anda akan dihantar dalam masa 10 hari. Jika anda tinggal di luar wilayah EU, masa penghantaran bergantung pada sistem kiriman pos di negara anda.

Sekiranya anda meminta penghantaran melalui kurier kad anda akan dihantar dalam masa 5 hari selepas kad dikeluarkan (anda boleh meminta nombor waybill udara daripada Meja Bantuan supaya anda dapat menjejaki penghantaran kad anda).

Keselamatan

Tidak, kod PIN tidak boleh ditukar pada mesin ATM. Sekiranya anda perlu menukar kod PIN anda atas tujuan keselamatan, sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan.

Sekiranya anda terlupa kod PIN anda, hubungi Pasukan Sokongan dan minta untuk mereka mengeluarkan semula PIN anda. Bayaran sebanyak $30 dikenakan untuk mengeluarkan semula kod PIN dan kod berkenaan akan dihantar ke alamat anda melalui kurier.

Sekiranya anda merasakan bahawa kad anda telah hilang atau dicuri, sila hubungi +961 1 744962 secepat mungkin atau kad anda akan disekat.

Sekiranya anda merasakan bahawa kad anda telah dicaj atas sebab ralat, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan dengan segera. Anda akan diminta untuk mengisi borang yang membolehkan pengeluar kad untuk meminta caj balik. Transaksi yang tidak diizinkan akan menyebabkan kad anda disekat dan tiada transaksi lanjut boleh dilakukan."

Akaun Kad Saya

Anda boleh menggunakan kad anda di mana sahaja yang memaparkan logo MasterCard. Gunakannya untuk melakukan pembayaran dalam talian dan di kedai atau untuk mengeluarkan dana melalui mesin ATM di seluruh dunia.

Apabila anda mengaktifkan akaun kad, anda akan mendapati bahawa baki anda tertera sebagai -10 sedangkan baki sebenar anda ialah 0. Hal ini demikian kerana 10 unit matawang akan sentiasa dirizabkan pada kad untuk menghalang baki daripada menjadi negatif akibat caj dan bayaran bank.

Contoh

Anda melakukan deposit USD 100 ke dalam akaun kad. Baki tersedia untuk dibelanjakan akan menjadi 90 selepas ditolak dengan 10 unit matawang yang dirizabkan.

Sekiranya anda mempunyai baki 0 dan tidak menggunakan kad selama lebih daripada 180 hari, kad anda akan dinyahaktifkan. Sekiranya kad anda masih sah dan anda memutuskan untuk menggunakannya semula, anda boleh menghubungi pasukan sokongan dan minta supaya kad anda diaktifkan semula.

Sekiranya anda mempunyai baki dana dalam akaun kad, tetapi tidak digunakan selama lebih daripada 12 bulan, caj pentadbiran bulanan akan dikenakan bermula bulan ke-12 dan kad anda akan dinyahaktifkan apabila baki mencecah 0.

Sekiranya baki kad anda berada di bawah paras kosong selama 3 bulan, kad anda akan dinyahaktifkan secara automatik. Anda masih bertanggungjawab atas sebarang baki negatif menurut terma dan syarat perjanjian yang diterima semasa proses permohonan.

  • Kad anda hanya akan diaktifkan semula apabila anda membiayainya semula.

Terdapat penyelesaian mudah untuk masalah ini. Sebelum cuba mengeluarkan wang daripada ATM dan membelanjakan wang anda di kedai atau dalam talian, anda perlu menyemak sekiranya:

  • Anda menggunakan PIN yang betul
  • Kad anda telah diaktifkan dan tidak dinyahaktifkan atas sebarang alasan.
  • Anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun.
  • Kedai / laman web / mesin ATM menerima MasterCard

Ya, anda boleh melakukan deposit dana menggunakan MasterCard HotForex. Sekiranya anda melakukan deposit dana menggunakan kad anda, sila maklumkannya kepada kami apabila anda menghantar permintaan pengeluaran melalui emel kepada backoffice@hfeu.com.

Sila ambil maklum bahawa penduduk negara Algeria, Timor Timur, Ecuador, India, Iran, Israel, Korea Utara, Kosovo, Myanmar, Republik Arab Siria dan Republik Demokrasi Congo tidak layak untuk memohon kad MasterCard HF buat masa ini.


Risk Warning: Trading leveraged products such as Forex and CFDs may not be suitable for all investors as they carry a high degree of risk to your capital. Please read the full Risk Disclosure.

Risk Warning: Remember Forex and CFDs are leveraged products and can result in the loss of all invested capital. Please consider our Risk Disclosure.

funding